Tuntutan TAWAS kelahiran Julai-September 2008 tutup 14 September

4 Sep 2026, 1:52 PM
Tuntutan TAWAS kelahiran Julai-September 2008 tutup 14 September

SHAH ALAM, 4 SEPT: Ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kelahiran Julai, Ogos dan September 2008 diminta mengemukakan permohonan tuntutan manfaat Fasa 3 selewat-lewatnya 14 September ini.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan ahli yang layak tetapi masih belum membuat tuntutan digesa berbuat demikian lebih awal bagi memastikan permohonan dapat diproses dalam fasa berkenaan.

“Jangan tunggu saat akhir. Segera buat permohonan tuntutan bagi memastikan tuntutan anda dapat diproses dalam Fasa 3,” katanya menerusi hebahan di Facebook.

Menurut YAWAS, pembayaran manfaat bagi permohonan dalam Fasa 3 akan dilaksanakan mulai 15 hingga 30 September ini.

Sehubungan itu, ahli yang layak disaran menyemak kelayakan dan mengemukakan permohonan secara dalam talian menerusi portal rasmi TAWAS.

TAWAS diperkenalkan pada 2008 sebagai antara inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyediakan manfaat jangka panjang kepada anak Selangor yang memenuhi syarat kelayakan.

Menerusi skim itu, ahli layak menerima manfaat apabila mencapai usia 18 tahun, dengan kumpulan kelahiran 2008 mula menerima bayaran pada tahun ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan TAWAS mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa generasi muda serta membantu anak Selangor mendapatkan permulaan kehidupan yang lebih stabil.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.