RM10,000 bantu pembangunan murid SJKC Serdang Baru 2

3 Okt 2026, 3:30 AM
RM10,000 bantu pembangunan murid SJKC Serdang Baru 2

SHAH ALAM, 3 OKT: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serdang Baru 2 menerima sumbangan RM10,000 daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang bagi menyokong pembangunan dan kemajuan murid di sekolah berkenaan.

Abbas Azmi berkata sumbangan itu diharap dapat membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang lebih baik, selain beliau akan terus menyokong usaha pembangunan murid tanpa mengira latar belakang.

“Sumbangan ini diharapkan dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan kondusif untuk murid-murid.

“Insya-Allah, saya akan terus memberikan perhatian dan sokongan kepada usaha-usaha yang memberi manfaat kepada anak-anak serta komuniti setempat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berharap murid SJKC Serdang Baru 2 terus cemerlang dan menjadi generasi yang berilmu, berakhlak serta mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.