228 veteran ATM dan polis DUN Seri Serdang terima baucar Jom Shopping

16 Ogos 2026, 8:00 AM
228 veteran ATM dan polis DUN Seri Serdang terima baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 16 OGOS: Seramai 228 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menerima baucar Jom Shopping bernilai RM200 seorang.

Wakil rakyat Seri Serdang, Abbas Azmi berkata bantuan itu disampaikan menerusi Program Bantuan Jom Shopping Hari Pahlawan DUN Seri Serdang yang berlangsung di Pasaraya NSK 3 Elements, Seri Kembangan, hari ini.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan antara usaha menghargai veteran ATM dan PDRM yang pernah berkhidmat serta berkorban demi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara.

“Baucar ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada para veteran yang telah menabur jasa serta berkorban demi mempertahankan keamanan dan keselamatan negara,” katanya menerusi Facebook.

Wakil rakyat Seri Serdang, Abbas Azmi menyampaikan baucar Jom Shopping kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Program Bantuan Jom Shopping Hari Pahlawan DUN Seri Serdang di Pasaraya NSK 3 Elements, Seri Kembangan, pada 16 Ogos 2026. Foto Facebook Abbas Azmi - ADN Seri Serdang

Abbas berkata sumbangan berkenaan diharap dapat memberi sedikit manfaat kepada para veteran, selain menjadi tanda bahawa jasa dan pengorbanan mereka sentiasa dihargai.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh veteran ATM dan PDRM atas khidmat bakti serta keberanian yang dicurahkan, sambil berharap pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.