Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang

2 Okt 2026, 7:19 AM
Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 2 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) amaran cuaca, kawasan terlibat di Selangor ialah Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat, selain seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Turut terjejas ialah Jerantut dan Rompin di Pahang, Kuala Lumpur serta Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, amaran membabitkan Matu, Dalat dan Mukah, manakala beberapa kawasan di Sabah termasuk Ranau, Kota Belud, Tambunan, Sook, Keningau, Sipitang, Tenom, Pensiangan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Kalabakan, Kinabatangan, Paitan, Sandakan, Labuk dan Sugut, Telupid, Kota Marudu serta Pitas.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.