SHAH ALAM, 14 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor sehingga 1 tengah hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, di Selangor, hujan dijangka melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Bentong.
Sementara di Kedah hanya di Langkawi, Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) dan Johor (Tangkak dan Muar)
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan lebih sejam.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.








