Ribut petir dijangka landa Klang, Kuala Langat hingga 7 malam

29 Sep 2026, 9:02 AM
Ribut petir dijangka landa Klang, Kuala Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Klang dan Kuala Langat sehingga jam 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Kota Setar, Padang Terap, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling.

Di Pahang, amaran meliputi Bera, Rompin, Kuantan, Maran dan Jerantut, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Tampin dan Jempol.

Johor pula melibatkan Segamat, Tangkak, Muar, Pontian dan Batu Pahat.

Di Sarawak, kawasan terbabit termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei dan Maradong di bahagian Sarikei, Sibu, Sebuyau di Samarahan serta Song di Kapit.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.