Jalan lebih 20 tahun di Selangor diberi keutamaan naik taraf pada 2027

30 Sep 2026, 1:00 AM
Jalan lebih 20 tahun di Selangor diberi keutamaan naik taraf pada 2027
Jalan lebih 20 tahun di Selangor diberi keutamaan naik taraf pada 2027
Jalan lebih 20 tahun di Selangor diberi keutamaan naik taraf pada 2027
Jalan lebih 20 tahun di Selangor diberi keutamaan naik taraf pada 2027

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jalan berusia lebih 20 tahun di Selangor akan diberi keutamaan untuk kerja naik taraf tahun depan, termasuk penurapan dan kemasan semula bagi meningkatkan keselamatan pengguna.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat dengan tumpuan turut diberikan kepada laluan sesak yang lebih terdedah kepada mendapan dan kerosakan permukaan.

Beliau berharap Belanjawan Selangor yang akan dibentangkan pada November ini menyediakan peruntukan tambahan bagi mempercepat kerja penyelenggaraan dan menaik taraf jalan terlibat.

“Kali ini fokus kepada jalan lama, berusia lebih 20 tahun ke atas yang biasanya perlu dinaik taraf. Kerja ini dibuat berperingkat sebab dana tak mencukupi.

“Selain itu jalan sesak juga perlu diberi perhatian sebab tanah di Selangor kebanyakan gambut. Jadi jalan cepat rosak. Kalau tampal sahaja, tak berkesan.

“Ini tak akan selesaikan masalah. Jadi kita kena betulkan strukturnya sebelum membuat tampalan. Sebab tu perlukan kos tambahan,” katanya kepada Media Selangor.

Tahun ini, sejumlah RM184 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja turapan dan penyelenggaraan jalan bawah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta jalan kampung (PLB).

Izham memaklumkan sebahagian jumlah melibatkan kos RM30 juta bagi menjalankan 51 kerja bawah Program Turapan Mega selain RM32 juta diberi kepada pihak berkuasa tempatan.

Untuk Program Turapan Mega tahun ini, Inisiatif itu diperluas ke jalan kampung dan kawasan pertanian dengan penggunaan teknologi baharu dari Indonesia, iaitu Sistem Tetulang Pratuang.

Teknologi tersebut sudah diuji dan terbukti mampu menyelenggara tanah berstruktur lembut dengan lebih berkesan, terutama di kawasan ban.

Selain itu, kerja penyelenggaraan dan tampalan jalan di Selangor menjadi lebih cekap dan pantas menerusi penggunaan jentera mesra alam, iaitu Asphalt, Reuse & Recycling (AsRR).

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.