27 stesen catat IPU tidak sihat, enam lokasi di Selangor terjejas

29 Sep 2026, 1:00 AM
27 stesen catat IPU tidak sihat, enam lokasi di Selangor terjejas

SHAH ALAM, 29 SEPT: Sebanyak 27 daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.45 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian, Sarawak pada paras 174, diikuti Pasir Gudang, Johor (169) dan Larkin, Johor (168).

Di Selangor, enam lokasi mencatat bacaan tidak sihat dengan Johan Setia merekodkan IPU tertinggi pada 161.

Shah Alam pula mencatat bacaan 156, Klang (153), Banting (150), Petaling Jaya (116) dan Kuala Selangor (109).

Selain Selangor, beberapa kawasan lain turut mencatat bacaan tidak sihat termasuk Nilai, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka yang masing-masing merekodkan IPU 164.

Bukit Rambai dan Batu Pahat masing-masing mencatat 161, Samarahan (160), Pengerang dan Kota Tinggi masing-masing 159, manakala Cheras dan Kuching masing-masing merekodkan 158.

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Tangkak (157), Port Dickson (155), Putrajaya (154), Alor Gajah dan Segamat masing-masing 153, Seremban dan Rompin masing-masing 152, Kluang (142) serta Sri Aman (133).

Berdasarkan kategori APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 diklasifikasikan sebagai tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.