Operasi Bersih: Dua premis makanan di Sungai Besar ditutup

28 Sep 2026, 9:00 AM
Operasi Bersih: Dua premis makanan di Sungai Besar ditutup
Operasi Bersih: Dua premis makanan di Sungai Besar ditutup
Operasi Bersih: Dua premis makanan di Sungai Besar ditutup

SHAH ALAM, 28 SEPT: Dua premis makanan di Sungai Besar diarah tutup selama 14 hari susulan Operasi Bersih yang dijalankan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), baru-baru ini.

MDSB memaklumkan arahan penutupan itu dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Daerah Sabak Bernam) 2007.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa tempatan berkenaan turut mengeluarkan sembilan kompaun terhadap beberapa premis atas pelbagai kesalahan.

Operasi Bersih berkenaan dilaksanakan bersempena Hari Cuci Malaysia Peringkat Daerah Sabak Bernam.

Operasi itu membabitkan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran serta Jabatan Penguatkuasaan MDSB.

MDSB menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan premis makanan sentiasa terpelihara.

“Penguatkuasaan ini dijalankan bagi memastikan semua premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengunjung serta peniaga,” katanya menerusi Facebook.

Pada masa sama, MDSB menegaskan pemeriksaan terhadap premis makanan akan terus dilaksanakan sebagai langkah menjaga kesihatan dan kesejahteraan bersama.

“MDSB akan terus komited dalam melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan premis makanan demi kesejahteraan dan kesihatan bersama,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.