
SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mencatat rekod kebangsaan menerusi siaran langsung perlawanan catur sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
MDSB memaklumkan rekod Most Chess Boards In A Live Broadcast itu dicatatkan menerusi siaran langsung membabitkan 98 papan catur di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
“Setiap papan disiarkan secara langsung, membolehkan gerakan pemain dihantar secara digital.
“Penonton tidak hanya tertumpu kepada beberapa papan utama, sebaliknya boleh mengikuti perlawanan yang berlangsung secara serentak,” menurut kenyataan di Facebook.
Menurut MDSB, kaedah itu membolehkan kejohanan catur diikuti melangkaui ruang pertandingan, sekali gus memperluas capaian tontonan.










