Langgar syarat pematuhan lesen, MDSB keluar 18 kompaun

2 Ogos 2026, 10:04 AM

SHAH ALAM, 2 OGOS: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengeluarkan 18 kompaun terhadap beberapa premis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Pematuhan Syarat Lesen yang dijalankan di sekitar Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak, semalam.

MDSB menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan sebanyak 11 premis termasuk tapak pesta ria (fun fair) diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Sebanyak 18 kompaun dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan membabitkan aspek kebersihan, kegagalan mendapatkan suntikan tifoid serta ketidakpatuhan syarat lesen di bawah Undang-undang Kecil (UUK).

“Kompaun dikenakan di bawah UUK 11 Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995, UUK 3 dan UUK 5 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDSB 2007 serta UUK 19 Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan MDSB 2007,” katanya.

MDSB turut mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi syarat lesen, menjaga tahap kebersihan premis dan memastikan suntikan tifoid diperbaharui mengikut ketetapan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Operasi itu membabitkan Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran serta Unit Korporat dan Perhubungan Awam MDSB yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua MDSB.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.