Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU

27 Sep 2026, 12:21 AM
Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU
Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU
Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU
Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU
Tengku Permaisuri lancar kempen dana khas bantu golongan OKU

PETALING JAYA, 27 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melancarkan kempen pengumpulan dana khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Kempen selama setahun dengan sasaran kutipan RM5 juta itu dilancar sempena Majlis Makan Malam Gala Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) 2026 bertempat di One World Hotel di sini semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari dan Ketua Pegawai Eksekutif YANIS Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim.

Anfaal ketika menyampaikan sembah ucapan memaklumkan YANIS menggerakkan pelbagai inisiatif strategik secara komprehensif dalam membantu golongan kurang upaya di Selangor.

“Inisiatif merangkumi projek pemberdayaan menerusi Pusat Sokongan Kehidupan Berdikari (ILSC) bagi membina keupayaan dan kemahiran golongan sasaran serta projek penjagaan kebajikan menerusi Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS) dan Pusat ANIS.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap dalam majlis makan malam gala YANIS 2026 di One World Hotel, Bandar Utama pada 26 September 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Ini untuk memastikan kebajikan asas mereka sentiasa terpelihara. Pada masa sama, pembinaan ekosistem sokongan turut diperkukuh menerusi Unit Penjagaan Palsi Serebrum (CPCU) dan Akademi YANIS bagi mewujudkan landasan jangka panjang yang menyeluruh.

“YANIS terus melangkah ke hadapan menerusi pelancaran Modul Ibu Bapa Anak Istimewa (MANIS) bagi membimbing serta membina keupayaan ibu bapa dan penjaga,” ucapnya.

Pada masa sama, Anfaal memaklumkan penglibatan dan sumbangan daripada sektor korporat kepada YANIS amat penting.

“Sumbangan sektor korporat merupakan pelaburan strategik bagi membina ekosistem kemasyarakatan yang mampan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan sektor korporat dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepakaran, menyalurkan sumber serta menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.