MPHS sita tujuh kenderaan terbiar di Batang Kali

26 Sep 2026, 4:15 AM

SHAH ALAM, 26 SEPT: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita tujuh kenderaan buruk dan terbiar di sekitar Batang Kali pada 24 September lalu.

MPHS berkata kenderaan terbabit disita selepas pemilik gagal mematuhi notis arahan untuk mengalihkannya dalam tempoh ditetapkan.

"Tindakan sitaan diambil di bawah Seksyen 46(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) selepas pemilik gagal mematuhi notis arahan yang dikeluarkan.

"Notis berkenaan dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(e) dan Seksyen 46(1)(g) bagi mengarahkan pemilik mengalihkan kenderaan terbabit dalam tempoh ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut MPHS, tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Penguatkuasaan itu dijalankan di Jalan Ara 1, Jalan Mahagoni 7/1 dan Jalan Kelah 1.

MPHS berkata tindakan berkenaan bertujuan memastikan kawasan awam kekal bersih, selamat dan tidak terhalang, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta keselesaan penduduk setempat.

"Operasi tersebut dilaksanakan bagi memastikan kawasan awam kekal bersih, selamat dan bebas daripada halangan yang boleh mengganggu keselesaan orang ramai," katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.