Yayasan MBI agih RM58,237 zakat kepada 18 penerima

25 Sep 2026, 10:37 AM
Yayasan MBI agih RM58,237 zakat kepada 18 penerima
Yayasan MBI agih RM58,237 zakat kepada 18 penerima
Yayasan MBI agih RM58,237 zakat kepada 18 penerima

SHAH ALAM, 25 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan sebanyak RM58,237 zakat wakalah kepada 18 penerima dalam kategori gharimin dan fisabilillah.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor dalam Majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah di Bangunan Darul Ehsan di sini, hari ini.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah MBI Selangor pada 25 September 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Ahmad Azri berkata kebanyakan penerima ialah dari golongan pelajar dalam kategori fisabilillah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

"Pemberian zakat ini sebagai tanda MBI menyantuni dan menghargai usaha pelajar melanjutkan pengajian di peringkat universiti," katanya.

Menurutnya, ini merupakan tahun kedua Yayasan MBI telah menerima sebanyak 50 peratus daripada jumlah zakat yang dibayar berbanding satu per tiga sebelum ini untuk zakat wakalah.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan sumbangan ketika majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah MBI Selangor pada 25 September 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

"Kepercayaan yang diberikan Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) ini hasil daripada kredibiliti dan intergriti MBI dalam komitmen memberi lebih banyak bantuan kebajikan untuk rakyat di Negeri Selangor.

"Seorang wakil daripada Zakat Selangor juga ada dalam Jawatankuasa Pengurusan Zakat Yayasan MBI sebagai penasihat dari sudut hukum dan saringan kelayakan penerima zakat," katanya.

Sementara itu, penerima Ahmad Bariq Yusof, 34, berkata beliau amat bersyukur dengan bantuan yang diberikan Yayasan MBI bagi menampung kos pembedahannya.

Penerima sumbagan, Ahmad Bariq Yusof, 34 bercakap kepada media selepas majlis Serahan Sumbangan Zakat Wakalah MBI Selangor pada 25 September 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Beliau yang bekerja sendiri berkata pembedahan yang dilakukan tiga bulan lalu itu menanggung kos yang agak besar.

"Kos pembedahan dan rawatan susulan yang perlu saya tanggung sendiri mencecah hampir RM50,000.

"Bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang saya alami," katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.