Dua lelaki Myanmar ditahan lepas pukul anggota polis di Raub

25 Sep 2026, 7:46 AM
Dua lelaki Myanmar ditahan lepas pukul anggota polis di Raub

KUANTAN, 25 SEPT: Polis menahan dua lelaki Myanmar kerana disyaki memukul seorang anggota polis yang menegur mereka kerana membuat bising di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kejadian pada 2.45 pagi berlaku selepas anggota itu menerima aduan penduduk mengenai suspek berusia 26 dan 30 tahun yang dipercayai mabuk memasang pembesar suara dengan kuat di tepi jalan.

“Anggota itu menegur suspek, namun mereka tidak berpuas hati dan bertindak memukul anggota terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata kejadian menyebabkan anggota itu cedera pada kepala dan badan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Fadzli Mohamad Kamal menerusi hantaran Facebook memaklumkan menziarahi anggota itu Koperal Nik Mohd Farid Nik Pa di Hospital Raub pagi tadi.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.