Buli guna seterika, dua pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah

25 Sep 2026, 6:10 AM
Buli guna seterika, dua pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM, 25 SEPT: Dua pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit, Perak, hari ini, berhubung kes buli di sebuah maahad tahfiz minggu lalu, dengan mencederakan mangsa menggunakan seterika.

Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai, melalui prosiding secara tertutup, lapor Berita Harian.

Mengikut tuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 13 tahun, dengan menggunakan seterika yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah maahad tahfiz, di sini, pada 19 September lalu kira-kira jam 4 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri, manakala kedua-dua pelajar berkenaan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Nadzrah Badarudin

Kedua-dua pelajar masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan mahkamah kemudian menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.