Lima kawasan Selangor catat IPU sederhana, Shah Alam tertinggi 79

24 Sep 2026, 4:45 AM
Lima kawasan Selangor catat IPU sederhana, Shah Alam tertinggi 79

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 12:21 tengah hari tadi, termasuk lima kawasan di Selangor.

Lima kawasan di Selangor yang merekodkan bacaan sederhana ialah Shah Alam (79), Petaling Jaya dan Banting (75) serta Kuala Selangor dan Klang (70).

Kuala Lumpur pula merekodkan bacaan 73 manakala Putrajaya mencatatkan 68.

Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Melaka (99), Sarawak (96), Johor (91) dan Perak (61).

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu 211.

Sementara itu, sebanyak lapan kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Kuching, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 193.

Kawasan lain di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Samarahan (186), Sri Aman (169), Bintulu (168), Samalaju dan Sibu (159), Mukah (129) serta Kapit (115).

Tujuh kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap baik, iaitu Pulau Pinang (48), Pahang (44), Kedah (42 dan 21), Kelantan (30), Terengganu (24) serta Perlis (23).

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. ##

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.