IPU Serian sangat tidak sihat, catat bacaan 218

24 Sep 2026, 1:15 AM
IPU Serian sangat tidak sihat, catat bacaan 218

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 218, setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (188), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (163).

Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (151), Bukit Rambai di Melaka (118) dan Miri (114).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.