IPU Selangor kekal sederhana, Johan Setia catat 76

23 Sep 2026, 7:51 AM
IPU Selangor kekal sederhana, Johan Setia catat 76

SHAH ALAM, 23 SEPT: Kesemua enam stesen pemantauan kualiti udara di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana sejak semalam, dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Johan Setia iaitu 76 setakat jam 3 petang ini.

Ia diikuti Shah Alam (72), Petaling Jaya (70), Kuala Selangor (66), Klang (57) dan Banting (54).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di negeri ini hari ini, membabitkan Petaling, Gombak dan Hulu Langat sehingga jam 6 petang.

Sementara itu, kesemua 13 stesen pemantauan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, dengan bacaan tertinggi di negeri itu dan seluruh negara dicatatkan di IPD Serian iaitu 192.

Ia diikuti Kuching (182), Samarahan (178) dan Sri Aman (177).

Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU baik pula meningkat kepada sembilan setakat jam 3 petang, melibatkan beberapa bandar di Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 301 dikategorikan berbahaya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.