Ribut petir dijangka landa Petaling, Gombak, Hulu Langat hingga 6 petang

23 Sep 2026, 7:03 AM
Ribut petir dijangka landa Petaling, Gombak, Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa negeri termasuk Petaling, Gombak dan Hulu Langat di Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Amaran sama turut meliputi Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu dan Baling, manakala Perak membabitkan Hulu Perak, Selama, Larut Matang, Kerian, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Hilir Perak.

Pahang pula melibatkan Cameron Highlands, Raub, Bentong, Bera, Jerantut, Lipis dan Kuantan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.