Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato

22 Sep 2026, 5:00 AM
Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato
Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato
Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato
Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato
Disiplin urus masa bantu tiga pelajar juarai pidato

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Kesibukan menghadapi peperiksaan tidak menghalang tiga pelajar membahagikan masa antara akademik dan latihan sehingga muncul juara Pidato Celik Madani bagi kategori masing-masing.

Johan Menengah Atas, Nurin Syauqina Rohaidi dari SMK Dengkil berkata kejayaan itu diraih hasil disiplin mengurus masa termasuk bersengkang mata pada waktu malam untuk menghafal teks pidato.

Juara peringkat Sekolah Menengah Atas Nurin Syauqina Rohaidi dari SMK Dengkil ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Pidato Celik Madani Peringkat Negeri Selangor 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 21 September 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Beliau turut memanfaatkan masa rehat di sekolah ketika tiada guru di dalam kelas untuk meneruskan latihan menjelang pertandingan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya dan persediaannya agak singkat kerana hanya mempunyai empat hari sebelum pertandingan.

“Dalam masa sama, latihan dan tugasan sekolah banyak, selain perlu membuat persediaan SPM, jadi saya bahagikan masa sebaik mungkin dan banyak membaca untuk menambah ilmu bagi menghadapi pidato spontan,” katanya.

Sementara itu, Johan Menengah Rendah, Rayyan Haiqal Mohd Raimy, dari SMK Methodist ACS Klang berkata latihan padat selama satu hingga dua minggu terakhir sebelum pertandingan akhirnya membuahkan hasil.

Juara peringkat Sekolah Menengah Rendah Rayyan Haiqal Mohd Raimy dari SMK Methodist ACS Klang ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Pidato Celik Madani Peringkat Negeri Selangor 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 21 September 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

"Saya pergi sekolah selepas Subuh dan pulang lewat petang untuk meluangkan masa berlatih pidato," katanya.

Rayyan Haiqal berkata, dia mahu meneruskan penglibatan dalam bidang pidato sehingga ke peringkat SPM bagi menambah pengalaman dan kemahiran komunikasi.

Bagi Juara Sekolah Rendah, Kanda Dinie Irfan Mohamad Aliff Ikhwan, 11, dari SK Seksyen 6 Kota Damansara berkata sokongan ibu bapa dan guru menjadi pendorong utama sepanjang tempoh persediaan.

Juara Sekolah Rendah Kanda Dinie Irfan Mohamad Aliff Ikhwan dari SK Seksyen 6 Kota Damansara ditemui selepas Majlis Perasmian Penutup Pidato Celik Madani Peringkat Negeri Selangor 2026 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 21 September 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Katanya, latihan dilakukan secara konsisten pada setiap Sabtu dan Ahad menerusi Google Meet.

“Saya juga perlu bahagikan masa antara latihan pidato dengan persediaan UPKK, tetapi ibu bapa dan guru banyak membantu serta memberi semangat," katanya

“Harapan saya supaya dapat terus berusaha dan membanggakan nama sekolah serta negeri,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.