426 bangkai tikus dikutip di sekitar SS15 dalam operasi MBSJ

20 Sep 2026, 1:15 AM
426 bangkai tikus dikutip di sekitar SS15 dalam operasi MBSJ

SHAH ALAM, 20 SEPT: Sebanyak 426 bangkai tikus dikutip Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di sekitar kawasan SS15 menerusi operasi yang dilaksanakan pada 19 September.

MBSJ memaklumkan Operasi Mengutip Bangkai Tikus itu dijalankan susulan Operasi Penaburan Racun Tikus yang dilaksanakan pada 18 September di lokasi yang dikenal pasti.

Menurut MBSJ, operasi berkenaan turut disertai Ahli Majlis MBSJ Zon 1, Chia Yew Ken bersama wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1.

“Mereka turut terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kerja kutipan bangkai tikus di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

MBSJ berkata, usaha pengurusan kebersihan dan kawalan persekitaran akan terus dipergiat bagi memastikan kesejahteraan serta kesihatan awam komuniti di sekitar SS15 sentiasa terpelihara.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.