Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi

19 Sep 2026, 11:00 AM
Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi
Ekonomi penjagaan buka peluang pekerjaan, cetus inovasi

SHAH ALAM, 19 SEPT: Ekonomi penjagaan berpotensi membuka peluang pekerjaan, membangunkan perniagaan dan mencetuskan inovasi selain menyediakan perkhidmatan kepada golongan memerlukan.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata potensi sektor itu dapat difahami dengan lebih dekat menerusi pendedahan secara langsung terhadap operasi serta realiti penjagaan warga emas.

Beliau berkata perkara itu antara yang diperoleh menerusi lawatan industri ke Laman Khaira bersama sembilan peserta Care Accelerator (XCARE) 2026, baru-baru ini.

“Dalam lawatan itu, saya berkesempatan bertemu pengasas Laman Khaira, Che Puan Intan Syafinas Ranjit, yang memulakan usaha dalam bidang berkenaan sejak 2017,” katanya menerusi Facabook.

Menurut Anfaal, kunjungan berkenaan turut membolehkan peserta melihat sendiri keadaan sebenar dalam menguruskan warga emas dengan keperluan penjagaan yang berbeza.

Antaranya melibatkan warga emas yang ceria, agresif dan terlantar serta individu yang memerlukan perhatian khusus dalam kehidupan harian.

Pendedahan berkenaan sekali gus memberi gambaran mengenai cabaran serta keperluan dalam sektor penjagaan yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh.

Sehubungan itu, Anfaal berkata pembangunan ekosistem penjagaan yang lebih tersusun, profesional dan inklusif perlu terus diberi perhatian.

Usaha berkenaan penting sejajar potensi ekonomi penjagaan yang bukan sahaja berkait penyediaan perkhidmatan malah mampu menjana pekerjaan, membangunkan perniagaan serta menggalakkan inovasi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Laman Khaira atas kesudian menerima kunjungan peserta XCARE 2026 sekali gus memberi pendedahan secara langsung mengenai sektor penjagaan warga emas.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.