Kualiti udara Johan Setia paling buruk di Malaysia setakat 8 malam

18 Sep 2026, 12:45 PM
Kualiti udara Johan Setia paling buruk di Malaysia setakat 8 malam

SHAH ALAM, 18 SEPT: Johan Setia mencatat kualiti udara paling buruk di Malaysia apabila Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 178, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Setakat 8 malam, empat lagi kawasan di Selangor turut berada pada tahap tidak sihat iaitu Shah Alam (167), Petaling Jaya (159), Klang (156) dan Banting (156).

Secara keseluruhan, 35 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tidak sihat.

Seri Manjung, Perak dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatat bacaan 172, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (169) serta Putrajaya (168).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. Orang ramai dinasihatkan memantau perkembangan semasa menerusi portal rasmi APIMS.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.