Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Petaling, Hulu Langat hingga 6 petang

17 Sep 2026, 8:44 AM
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Petaling, Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 SEPT: Petaling dan Hulu Langat antara kawasan di Selangor yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran sama turut membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, selain seluruh Terengganu dan Kuala Lumpur.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, manakala di Kelantan meliputi Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Di Pahang pula, amaran membabitkan Kuantan, Cameron Highlands, Lipis, Pekan dan Jerantut.

Beberapa kawasan di Sabah turut terjejas termasuk Tawau, Pensiangan, Beaufort, Kuala Penyu, Membakut, Pantai Barat, Kota Marudu serta beberapa kawasan di Sandakan, selain Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang sedang atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.