MPAJ keluar 146 kompaun trafik, tunda 13 kenderaan di Bandar Baru Ampang

17 Sep 2026, 10:25 AM
MPAJ keluar 146 kompaun trafik, tunda 13 kenderaan di Bandar Baru Ampang
MPAJ keluar 146 kompaun trafik, tunda 13 kenderaan di Bandar Baru Ampang
MPAJ keluar 146 kompaun trafik, tunda 13 kenderaan di Bandar Baru Ampang

SHAH ALAM, 17 SEPT: Sebanyak 146 kompaun kesalahan lalu lintas dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam operasi penguatkuasaan di kawasan perniagaan Bandar Baru Ampang pada 15 September lalu.

Operasi menerusi Jabatan Penguatkuasaan MPAJ itu dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang kecil yang berkuat kuasa, selain menjaga aspek keselamatan, ketenteraman serta kelancaran lalu lintas.

Dalam pada masa yang sama, sebanyak 13 kenderaan terbiar turut ditunda dalam operasi berkenaan.

"Sepanjang pemeriksaan, sebanyak 33 premis perniagaan disemak dan menyaksikan 15 kompaun premis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan tujuh sitaan dilaksanakan," kata MPAJ menerusi hantaran di Facebook.

MPAJ berkata tindakan penguatkuasaan itu merupakan usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan teratur, selamat dan selesa.

“Tindakan penguatkuasaan ini merupakan usaha berterusan MPAJ dalam memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan teratur, selamat dan selesa, selain meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan komuniti perniagaan dan pengguna jalan raya,” menurut MPAJ.

MPAJ turut menegaskan komitmen untuk meneruskan penguatkuasaan secara berterusan bagi mewujudkan persekitaran bandar yang teratur dan sejahtera.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.