MPAJ kompaun premis gagal urus tong sampah, tidak patuhi syarat lesen

7 Okt 2026, 9:00 AM
MPAJ kompaun premis gagal urus tong sampah, tidak patuhi syarat lesen
MPAJ kompaun premis gagal urus tong sampah, tidak patuhi syarat lesen

SHAH ALAM, 7 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan kompaun terhadap sebuah premis perniagaan di Jalan Mewah 3, Ampang Mewah selepas didapati gagal mematuhi syarat lesen berkaitan penyediaan dan penyelenggaraan tong sampah.

Tindakan itu diambil menerusi pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan (PBK) MPAJ di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit gagal menyediakan tong sampah yang mencukupi selain tidak menyelenggaranya dalam keadaan baik.

MPAJ turut mendapati sisa buangan daripada perniagaan terbabit dibuang di luar tong sampah.

Keadaan itu menyebabkan kawasan persekitaran premis menjadi tidak terurus dan berselerak.

“Tindakan kompaun telah dikenakan terhadap pemilik premis berkenaan di bawah Undang-Undang Kecil 6, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPAJ 2007.

“Kompaun dikenakan atas kesalahan gagal mempunyai tong sampah yang bertutup dan tidak diselenggara dengan baik,” kata MPAJ menerusi Facebook.

Pihak berkuasa tempatan itu menegaskan setiap peniaga perlu mematuhi undang-undang serta syarat lesen yang ditetapkan.

Pematuhan berkenaan termasuk memastikan kemudahan tong sampah disediakan secukupnya dan diselenggara dengan baik.

MPAJ memaklumkan pihaknya akan terus komited memastikan pematuhan dalam kalangan peniaga bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan selamat.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.