Empat kilang musnah 90 peratus dalam kebakaran di Puchong

17 Sep 2026, 3:23 AM
Empat kilang musnah 90 peratus dalam kebakaran di Puchong

SHAH ALAM, 17 SEPT: Empat kilang musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran besar di Jalan TPP 5/15, Taman Perindustrian Puchong, awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 pagi sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba pada 6.45 pagi dan mendapati api sedang marak serta memusnahkan sebuah kilang perabot.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran merebak ke tiga premis bersebelahan, iaitu kilang tayar, kilang perkakasan paip dan injap serta kilang kejuruteraan.

"Kesemua empat premis dianggarkan musnah 90 peratus," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira dua jam selepas pasukan bomba tiba di lokasi.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.