Kilang barangan lusuh di Kapar terbakar

13 Sep 2026, 2:21 PM
Kilang barangan lusuh di Kapar terbakar

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kebakaran kilang di hadapan Kuarters Pangsapuri TNB Kapar, Klang berjaya dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada jam 8.04 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor memaklumkan kebakaran melibatkan longgokan barangan lusuh dan bahan kitar semula seluas kira-kira 40x60 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kebakaran 55 peratus. Komander operasi lapor kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.04 malam," katanya menerusi kenyataan.

Operasi membabitkan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Klang Utara, BBP Klang Selatan dan BBP Pelabuhan Klang.

Menurut JBPM Selangor, kebakaran tidak melibatkan mangsa, manakala jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7.22 malam, kira-kira tujuh kilometer dari BBP Kapar.

Sebanyak lima jentera digunakan dalam operasi itu, terdiri daripada dua Fire Rescue Tender (FRT), dua Water Tanker dan satu Compact Fire Rescue Tender (CFRT).


Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.