MBDK sita empat perniagaan dikendalikan warga asing di Pasar Meru

16 Sep 2026, 8:26 AM
MBDK sita empat perniagaan dikendalikan warga asing di Pasar Meru
MBDK sita empat perniagaan dikendalikan warga asing di Pasar Meru
MBDK sita empat perniagaan dikendalikan warga asing di Pasar Meru

SHAH ALAM, 16 SEPT: Empat sitaan dikenakan terhadap aktiviti perniagaan dikendalikan warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Klang.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan operasi menerusi Bahagian Pasar Awam, Jabatan Kesihatan itu melibatkan Blok A, B, C dan D kompleks berkenaan.

Menurutnya, empat sitaan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 15(a) Pasar (MPK) 2007 kerana aktiviti perniagaan dijalankan warga asing.

“Satu kompaun turut dikeluarkan mengikut UUK 8(1) Pasar (MPK) 2007 kerana gagal mempamerkan lesen perniagaan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam operasi sama, petak perniagaan yang tidak mempunyai penjaga warga tempatan diarahkan ditutup.

Peniaga turut diingatkan supaya menjalankan perniagaan hanya di petak dibenarkan, tidak menghalang kawasan awam serta memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan niaga sentiasa terpelihara.

MBDK memaklumkan pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan aktiviti perniagaan di kompleks pasar dilaksanakan secara teratur, berlesen, bersih dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.