Polis siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa menandatangani surat proklamasi

14 Sep 2026, 6:31 AM
Polis siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa menandatangani surat proklamasi
Polis siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa menandatangani surat proklamasi

PUTRAJAYA, 14 SEPT: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim yang mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi tanpa rela hati dan secara paksaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan lanjut mengenai perkara itu akan dikongsikan kelak.

"Kertas siasatan dah dibuka dan masih lagi dijalankan. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Ismail sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 Sept bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan itu perlu disahkan peguam yang hadir ketika proses penandatanganan itu berlaku bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Presiden UMNO itu turut berkata parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menghormati sepenuhnya institusi diraja, undang dan adat di Negeri Sembilan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.