Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dijangka ribut petir hingga 7 malam

13 Sep 2026, 8:36 AM
Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dijangka ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 SEPT: Tiga daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kawasan terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran cuaca yang dikeluarkan pada 4.10 petang itu turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Kuala Muda manakala di Perak membabitkan Kerian, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Muallim, Batang Padang, Kampar dan Kinta.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas di Kelantan; Dungun, Hulu Terengganu dan Marang di Terengganu; Bentong di Pahang serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, amaran membabitkan Sarikei serta Kanowit di bahagian Sibu.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.