Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

2 Nov 2026, 6:04 AM
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 2 NOV: Tujuh daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Kuala Langat dan Klang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 4 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Perlis dan Melaka serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.