50 motosikal disita, 116 saman operasi samseng jalanan Selangor

13 Sep 2026, 5:44 AM
50 motosikal disita, 116 saman operasi samseng jalanan Selangor
50 motosikal disita, 116 saman operasi samseng jalanan Selangor

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sebanyak 50 motosikal disita dan 116 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu membanteras aktiviti samseng jalanan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), awal pagi tadi.

Polis Selangor menerusi Facebook memaklumkan Operasi Tutup Samseng Jalanan itu membabitkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Seramai 146 individu berusia antara 16 hingga 25 tahun serta 141 motosikal diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Hasil operasi, sebanyak 116 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, masing-masing 92 saman oleh JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan 24 lagi oleh JSPT Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.

Dalam operasi sama, AADK menjalankan 22 ujian saringan air kencing secara rambang membabitkan 17 lelaki dan lima wanita.

Bagaimanapun, tiada individu dikesan positif dadah atau ditahan susulan saringan tersebut.

Operasi bersepadu itu melibatkan lima pegawai kanan dan 16 pegawai rendah polis JSPT IPK Selangor selain 30 anggota JPJ serta lapan anggota AADK.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.