SHAH ALAM, 11 SEPT: Tiga daerah di Selangor iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 10 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.







