Klang antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

10 Sep 2026, 3:41 AM
Klang antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 10 SEPT: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga 1 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut diramal melanda seluruh Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar), Perak (Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk) dan Johor (Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi)

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.