Lawan diri sendiri, Nurul Ainin Sofea genggam emas Para SUKMA

9 Sep 2026, 2:00 AM
Lawan diri sendiri, Nurul Ainin Sofea genggam emas Para SUKMA
Lawan diri sendiri, Nurul Ainin Sofea genggam emas Para SUKMA

SHAH ALAM, 9 SEPT: Atlet Selangor, Nurul Ainin Sofea Mohammad Faudziman, mencipta kejayaan apabila meraih pingat emas acara 800 meter wanita T20 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

Kejayaan itu lebih bermakna apabila beliau berjaya mengatasi cabaran masalah pembelajaran dan kelewatan pertuturan yang dihadapinya sejak kecil.

Nurul Ainin berkata, kesukaran menyesuaikan diri dalam pembelajaran mendorongnya memberi tumpuan penuh terhadap latihan bagi meningkatkan keyakinan dan prestasi.

“Saya susah hendak menyesuaikan diri dengan pembelajaran, jadi saya berlatih dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Menurutnya, kekuatan mental menjadi antara faktor penting ketika berdepan saingan daripada atlet negeri lain.

“Bagi saya, kita bukan lawan dengan orang lain tetapi lawan dengan diri sendiri. Mental kena kuat,” katanya.

Beliau mengakui berbangga apabila segala usaha dan latihan akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan meraih pingat emas.

“Saya sangat bangga dengan diri saya sebab sudah capai apa yang saya mahu,” katanya.

Nurul Ainin turut menghargai sokongan ibu bapanya yang sentiasa membimbing dan memberi semangat sepanjang perjalanan dalam sukan.

Katanya, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dan memperbaiki prestasi menjelang Para SUKMA 2028.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.