Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas

8 Sep 2026, 2:00 PM
Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas
Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas
Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas
Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas
Para SUKMA 2026: Selangor kuasai renang dengan 20 emas

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kontinjen Selangor terus mendominasi acara renang Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 apabila mengumpul 20 pingat emas selepas dua hari saingan di Pusat Akuatik Selangor.

Tuan rumah menambah 13 emas, dua perak dan tiga gangsa hari ini untuk membawa keseluruhan kutipan kepada 20 emas, empat perak dan lapan gangsa.

Pencapaian itu meletakkan Selangor selesa di tangga teratas carta pingat acara renang dengan kelebihan 12 emas berbanding Sabah yang mengumpul lapan emas, sembilan perak dan enam gangsa.

Wilayah Persekutuan berada di tempat ketiga dengan lima emas, 11 perak dan empat gangsa, diikuti Sarawak menerusi lima emas, lima perak dan enam gangsa.

Selangor sebelum ini membuka saingan dengan tujuh emas pada hari pertama sebelum meneruskan momentum cemerlang hari ini.

Antara penyumbang emas ialah Amirul Akil Mohd I’zzat Emir dalam 100 meter gaya bebas S12, manakala Ahnad Darwisy Irfan Hishamuddin meraih dua emas menerusi 50 meter gaya bebas S13 dan 100 meter kuak dada SB13.

Muhammad Safwan Suhaimi turut menyumbang dua emas menerusi 100 meter kuak kupu-kupu S9 dan 200 meter rampaian individu, sementara Saiful Rizal Abdullah menjuarai 50 meter kuak dada SB14.

Dalam kategori wanita, Nur Qaseh Qaisara Ahmad Saifudin mengungguli 50 meter gaya bebas S4-S5, Lim Carmen menang 50 meter gaya bebas S6-S8, manakala Durratun Musfirah Nor Ahmad meraih dua emas dalam 100 meter kuak kupu-kupu S14 dan 50 meter kuak dada SB14.

Natalie Bianca Edmund Dass pula menyumbang emas menerusi 50 meter kuak dada SB4-SB5.

Selangor turut unggul dalam acara berkumpulan apabila memenangi 4x100 meter rampaian 34 mata menerusi Putri Nur Farisha Mohd Razif, Muhammad Aisy Mazlan, Lim Carmen dan Muhammad Safwan Suhaimi.

Satu lagi emas hadir menerusi 4x100 meter gaya bebas S14 yang dibarisi Muhammad Niyaz Mukhriz Mohd Nazri, Danish Haiqal Ahmad Firdaus, Saiful Rizal Abdullah dan Nik Joe Ashraff Nik Rafizal.

Penguasaan Selangor di kolam renang dijangka terus menjadi tumpuan apabila saingan bersambung esok.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.