Para SUKMA: Rafiuddin tebus kecewa dengan dua pingat emas

9 Sep 2026, 2:53 PM
Para SUKMA: Rafiuddin tebus kecewa dengan dua pingat emas

SHAH ALAM, 9 SEPT: Atlet para Selangor, Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham bangkit daripada kekecewaan apabila meraih dua pingat emas dalam acara lompat jauh T11 dan 100 meter T11 pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Menurutnya, kejayaan itu cukup bermakna selepas penyertaannya dalam acara 200 meter T11 dibatalkan sehari sebelumnya.

“Saya sangat gembira sebab dapat tebus semula kekecewaan selepas dibatalkan penyertaan dalam acara 200 meter.

“Hari ini saya berjaya bangkit dan pecahkan rekod dalam kedua-dua acara,” katanya.

Rafiuddin mengakui kejayaan itu hadir ketika dirinya masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami beberapa minggu sebelum temasya bermula.

“Waktu perlawanan pun saya masih rasa sakit, tetapi jurulatih dan semua beri semangat untuk saya teruskan,” katanya.

Menurutnya, sasaran awal hanyalah meraih emas dalam acara lompat jauh berdasarkan rekod terdahulu, namun dia berjaya menambah satu lagi emas menerusi acara 100 meter T11.

Atlet yang mengalami masalah penglihatan itu turut berdepan cabaran untuk bergerak ke lokasi latihan, namun sifat berdikari yang dipupuk sejak kecil banyak membantunya.

Katanya, pengalaman tinggal di asrama membina keyakinannya untuk bergerak sendiri, termasuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat latihan sekiranya pengiring tidak dapat mengambilnya.

Rafiuddin turut mendedikasikan kejayaan itu kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral serta motivasi.

Dia berharap dapat terus memperbaiki prestasi dan mencipta lebih banyak kejayaan dalam kariernya selepas ini.

Kategorisukankini

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.