MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram

6 Sep 2026, 3:11 AM
MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram
MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram
MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram
MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram
MPKS arah henti operasi premis kitar semula tanpa lesen di Jeram

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebuah premis yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan kitar semula di Jeram diarah menghentikan operasi selepas dikesan beroperasi tanpa lesen dalam Operasi Bersepadu Kilang Barangan Kitar Semula Tanpa Kebenaran, baru-baru ini.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berkata operasi itu dijalankan jabatan penguatkuasanya dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Selangor.

“Operasi bersepadu di Jalan Sungai Sembilang Batu 15, Jeram pada 3 September lalu dilaksanakan susulan aduan awam serta hasil pemantauan MPKS yang mendapati premis berkenaan masih beroperasi tanpa kebenaran pihak majlis.

“Antara tindakan diambil termasuk mengeluarkan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, notis arahan memberhentikan operasi dan menutup premis serta kompaun atas kesalahan menjatuhkan cecair ke dalam anak sungai,” katanya menerusi Facebook.

MPKS turut mengeluarkan notis serta kompaun atas kesalahan membina bangunan tanpa kelulusan selain notis arahan supaya kacauganggu yang berlaku di premis berkenaan dihapuskan.

Dalam operasi sama, MPKS menyita beberapa peralatan di lokasi berkenaan termasuk perkakas, 12 kipas berdiri dan sebuah kipas duduk yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti di premis tersebut.

MPKS berkata pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap premis yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran bagi memastikan pematuhan undang-undang, keselamatan serta kelestarian alam sekitar di Kuala Selangor.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.