ad

MBDK gempur premis kitar semula haram di Pulau Indah

6 Okt 2025, 7:41 AM
MBDK gempur premis kitar semula haram di Pulau Indah
MBDK gempur premis kitar semula haram di Pulau Indah

SHAH ALAM, 6 OKT: Operasi penguatkuasaan terhadap premis tanpa lesen dijalankan di Jalan Sungai Chandong 13, Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, minggu lalu.

Operasi Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyasarkan premis berkenaan menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti barangan kitar semula serta terdapat longgokan sampah di luar kawasan premis milik syarikat berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran satu kompaun di bawah UUK 3 PTPP MPK 2007, satu kompaun di bawah UUK 4 PPS MPK 2007, satu notis penutupan premis, serta satu notis menghentikan segala aktiviti dalam premis.

"Pita sesawang turut direntang di hadapan premis sebagai tanda larangan operasi,” menurut MBDK di Facebook.

Keadaan premis kitar semula haram di Jalan Sungai Chandong 13, Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada 1 Oktober 2025. Foto Facebook MBDK

MBDK memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis yang beroperasi tanpa lesen yang sah bagi memastikan ketenteraman awam serta pematuhan terhadap peraturan pihak berkuasa tempatan.

"Pemilik premis turut diingatkan agar mendapatkan kelulusan lesen sebelum memulakan sebarang operasi," maklumnya lagi.

MBDK juga menggalakkan orang awam menyalurkan aduan berkaitan premis tidak berlesen kepada pihaknya.

Penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menyita premis kitar semula haram di Jalan Sungai Chandong 13, Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada 1 Oktober 2025. Foto Facebook MBDK

Keadaan premis kitar semula haram di Jalan Sungai Chandong 13, Armada Putra, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada 1 Oktober 2025. Foto Facebook MBDK