JobCare Selangor buka peluang kerja kepada pencari kerja di Klang

4 Sep 2026, 5:01 AM
JobCare Selangor buka peluang kerja kepada pencari kerja di Klang
JobCare Selangor buka peluang kerja kepada pencari kerja di Klang
JobCare Selangor buka peluang kerja kepada pencari kerja di Klang

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pencari kerja dan individu yang mahu meneroka peluang kerjaya baharu dipelawa menghadiri Karnival Kerjaya JobCare Selangor Daerah Klang di Dewan Hamzah, Klang esok.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu V. Papparaidu berkata program itu menghimpunkan pelbagai majikan dan peluang pekerjaan di satu lokasi bagi memudahkan pencari kerja mendapatkan maklumat serta berhubung secara langsung dengan syarikat yang menawarkan kekosongan.

“Sedang mencari pekerjaan? Ingin tukar kerjaya atau teroka peluang baharu? Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Karnival Kerjaya JobCare Selangor Daerah Klang,” katanya menerusi Facebook.

Karnival berkenaan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut Papparaidu, peserta digalakkan membuat pendaftaran awal bagi melancarkan urusan ketika menghadiri program berkenaan.

“Jangan tunggu sehingga peluang datang kepada anda, datang dan rebut peluang itu,” katanya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai berkongsi maklumat karnival berkenaan kepada ahli keluarga dan rakan yang sedang mencari pekerjaan.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.