Barangan penjaja bunga malai disita MPS di Rawang

3 Sep 2026, 7:00 AM
Barangan penjaja bunga malai disita MPS di Rawang

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER: Barangan milik penjaja warga asing yang menjual bunga malai serta dua ekor anjing disita dalam operasi penguatkuasaan bersepadu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sekitar Rawang.

Operasi menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) itu melibatkan 19 anggota.

“Hasil pemeriksaan, MPS menyita barangan daripada penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti penjualan bunga Malai, susulan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam operasi sama, MPS turut melaksanakan satu tindakan sitaan mengikut Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sementara itu, katanya, JPSPK turut mengambil tindakan susulan terhadap kesalahan lain yang dikenal pasti menerusi pemeriksaan berkenaan.

“Kerjasama antara jabatan dalaman MPS akan terus diperkasakan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Usaha ini juga bagi membantu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan teratur dalam kawasan pentadbiran MPS,” katanya.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.