Yayasan MBI sumbang kerusi pergigian mudah alih di Gombak

24 Sep 2026, 10:00 AM
Yayasan MBI sumbang kerusi pergigian mudah alih di Gombak
Yayasan MBI sumbang kerusi pergigian mudah alih di Gombak
Yayasan MBI sumbang kerusi pergigian mudah alih di Gombak
Yayasan MBI sumbang kerusi pergigian mudah alih di Gombak

GOMBAK, 24 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI menyumbang dua unit kerusi pergigian mudah alih bernilai RM6,400 kepada Klinik Pergigian Daerah Gombak bagi memperluas perkhidmatan pergigian kepada masyarakat.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan itu dibuat susulan permohonan daripada Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang memaklumkan keperluan kemudahan berkenaan bagi menyokong pelaksanaan program pergigian di daerah itu.

Menurutnya, aset tersebut akan digunakan dalam program khidmat masyarakat khususnya di kawasan yang memerlukan perkhidmatan secara terus.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor mencuba kerusi pergigian mudah alih yang disumbang di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gombak, Gombak pada 24 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Yayasan MBI melihat keperluan dalam membantu dari segi aset, supaya pihak pergigian dapat gunakan dan tingkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Dengan adanya aset ini, lebih banyak program yang dianjurkan oleh klinik dapat memberi manfaat secara terus kepada penduduk di sekitar Gombak,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Sementara itu, Pegawai Pergigian Daerah Gombak Dr Intan Elliayana Mohammed berkata sumbangan tersebut sememangnya diperlukan bagi memudahkan pelaksanaan program khidmat masyarakat.

Menurutnya, Pejabat Pergigian Daerah Gombak mempunyai bas bagi tujuan program berkenaan, namun terdapat lokasi tertentu yang sukar dimasuki berikutan ruang dan keadaan kawasan yang sempit.

Pegawai Pergigian Daerah Dr Intan Elliayana Mohammed bercakap kepada Media Selangor selepas menerima sumbangan kerusi pergigian mudah alih daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI untuk Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Gombak, Gombak pada 24 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Dengan pemberian aset ini, kita boleh meluaskan lagi perkhidmatan pergigian ke kawasan-kawasan tertentu.

“Aset ini juga boleh digunakan di klinik sendiri, yang mana ada kalanya terdapat situasi kerusi pergigian itu rosak ataupun kami pergi berikan perkhidmatan ke sekolah-sekolah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan MBI atas sumbangan berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.