SHAH ALAM, 23 SEPT: Lima premis ditutup manakala empat sitaan dilaksanakan dalam tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 18 September lalu.
MPS memaklumkan operasi itu dijalankan Jabatan Penguat Kuasa dengan kerjasama Jabatan Pelesenan di kawasan pentadbirannya.
“Hasil tindakan yang dijalankan, sebanyak empat sitaan telah dilaksanakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
"Jabatan Pelesenan MPS turut melaksanakan penutupan terhadap lima premis,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
MPS berkata penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.








