Muzium Sultan Alam Shah buka percuma sempena ulang tahun ke-37

2 Sep 2026, 8:25 AM
Muzium Sultan Alam Shah buka percuma sempena ulang tahun ke-37

SHAH ALAM, 2 SEPT: Muzium Sultan Alam Shah yang terletak di Seksyen 14 di sini, dibuka percuma kepada pengunjung sempena ulang tahun ke-37 muzium itu hari ini.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) memaklumkan, kemasukan percuma adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang sentiasa menyokong pembangunan muzium berkenaan.

“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua pengunjung yang terus menyokong dan menjadikan Muzium Sultan Alam Shah sebahagian daripada kenangan anda.

“Jadi, kalau dah lama tak singgah, hari ini masa yang sesuai untuk datang semula!,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Muzium Sultan Alam Shah yang mula dibina pada 1987, merupakan antara bangunan ikonik terawal yang dibina di bandaraya Shah Alam.

Dibuka secara rasmi pada tahun 1989, Muzium Sultan Alam Shah dinamakan sempena Sultan Selangor ketujuh iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Menjadi antara destinasi pelancongan berteraskan sejarah dan budaya yang paling penting di Selangor, muzium itu menjadi gedung ilmu yang merakam perjalanan sejarah negeri.

Bayaran tiket yang dikenakan adalah RM5 bagi warganegara dan RM15 kepada bukan warganegara. Kanak-kanak tempatan 12 tahun ke bawah dikenakan bayaran masuk RM2 serta RM8 kepada bukan warganegara.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.