Lima daerah Selangor diramal ribut petir hingga 2 petang

1 Sep 2026, 4:05 AM
Lima daerah Selangor diramal ribut petir hingga 2 petang

SHAH ALAM, 1 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor sehingga jam 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Klang, Kuala Langat, Sepang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Putrajaya serta Port Dickson dan Seremban di Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan hujan lebat dan angin kencang sepanjang tempoh amaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.