Empat kawasan Sarawak catat IPU berbahaya, IPD Serian rekod bacaan 445

31 Ogos 2026, 10:29 AM

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Empat kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 4 petang ini dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 445.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) tiga lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap berbahaya ialah Kuching (366), Samarahan (350) dan Sri Aman (334).

Tiga kawasan lain di Sarawak pula mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat iaitu Sarikei (277), Sibu (243) dan Mukah (216).

Sebanyak 15 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Samalaju di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 197, diikuti Bintulu (178), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Miri masing-masing 174 serta Kapit (166).

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Labuan (165), Limbang, Sarawak (161) dan Sungai Petani, Kedah (155), manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai (154), Seberang Jaya (153) dan Minden (152).

Di Sabah, Tawau dan Kota Kinabalu masing-masing merekodkan bacaan 152 dan 151, manakala Politeknik Kota Kinabalu (121) serta Kimanis (116).

Sementara itu, 42 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana dan tiga kawasan mencatatkan bacaan baik setakat 4 petang ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.