SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program

30 Ogos 2026, 10:00 AM
SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program
SMK Saujana Utama rangkul kejuaraan sulung SES 2026, 100 pelajar sertai program

SUBANG JAYA, 30 OGOS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama muncul juara SRG e-Sports School (SES) 2026 selepas menewaskan SMK Hillcrest dalam pertandingan akhir hari ini.

Anugerah kejohanan yang julung kali dianjurkan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Juara membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala tempat kedua menerima RM2,000.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata seramai 100 pelajar daripada 10 sekolah sekitar Selangor menyertai program yang berlangsung selama empat bulan.

Menurutnya, semua sekolah menerima sokongan kewangan dan peralatan berjumlah RM100,000 selain telefon bimbit bagi memberi lebih banyak pendedahan, pengalaman serta peluang kepada peserta.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas kejohanan SRG Esport School Cup 2026 di Spacerubix Puchong, Subang Jaya pada 30 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Sepanjang pelaksanaan SES 2026, pelajar didedahkan dengan disiplin, kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan acara, kandungan, penjenamaan, etika, kepimpinan serta kemahiran yang diperlukan dalam memahami e-sukan.

“Memandangkan sambutan menggalakkan, untuk edisi tahun depan, SES akan libatkan lebih banyak sekolah dan pelajar supaya kita berupaya melahirkan ramai atlet e-sukan,” katanya ketika berucap.

Ahmad Azri turut mengumumkan pemain pasukan SMK Hillcrest, Muhammad Zulhadi Ediyaldi dipilih untuk menyertai Akademi SRG sebagai perantis selepas tampil menyerlah sepanjang perlawanan.

“Ini merupakan sebahagian bidang pembangunan kerjaya untuk peserta itu menjadi pemain yang bakal beraksi di pentas lebih berprestij tanpa meninggalkan pendidikan,” katanya.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Selangor Future Cup 2025 bagi kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dengan disertai 64 sekolah menengah seluruh Selangor.

Menurut EXCO Pembangunan Sukan Mohd Najwan Halimi, kejohanan sebagai inisiatif mengembangkan bakat pelajar bawah 17 tahun seluruh Selangor dalam e-sukan secara kompetitif serta membina kemahiran strategik, kepimpinan, dan kerjasama berpasukan.

Antara penyokong yang hadir menyaksikan kejohanan SRG Esport School Cup 2026 di Spacerubix Puchong, Subang Jaya pada 30 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.