Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi

30 Ogos 2026, 12:00 PM
Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi
Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi
Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi
Selangor perkasa pembangunan e-sukan sekolah, berpotensi jana impak ekonomi

SUBANG JAYA, 30 OGOS: Pembangunan bidang e-sukan dalam kalangan pelajar sekolah akan terus diberi perhatian berikutan potensinya memberi impak kepada sektor ekonomi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu juga selari dengan gaya hidup semasa memandangkan e-sukan menjadi satu keperluan dalam kehidupan generasi muda.

“Jadi lebib baik kita mengatur program pembangunan yang memberi peluang kepada mereka untuk terlibat lebih serius.

“Antara langkah awalnya kita perkenalkan kepada sekolah mengenai jaringan atau jajarannya dalam ekosistem perniagaan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan SRG Esport School Cup 2026 di Spacerubix Puchong, Subang Jaya pada 30 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Suka atau tidak, e-sukan akan terus berkembang. Cuma siapa yang akan manfaatkan peluang atau kesempatan ini, kita akan beri perhatian,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup kejohanan SRG e-Sports School (SES) 2026 yang berlangsung di Spacecubix, di sini hari ini.

Dalam pertandingan akhir itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama muncul juara selepas mengalahkan SMK Hillcrest dengan mata 3-1.

Pemain SMK Hillcrest, Muhammad Zulhadi Ediyadi yang turut dipilih sebagai junglee terbaik turut diserap ke Akademi SRG sebagai atlet perantis.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama selepas menjadi johan kejohanan SRG Esport School Cup 2026 di Spacerubix Puchong, Subang Jaya pada 30 Ogos 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.